KOTA KINABALU: Seramai lebih 325 mahasiswa dan warga kerja UiTM Sabah memenuhi pawagam GSC Cinema, 1Borneo Hypermall petang tadi bagi menonton tayangan filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan.
Program tayangan tersebut dihadiri oleh YB Andi Muhammad Suryady Bandi, Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah.
Suryady yang turut berkesempatan meluangkan masa bersama-sama menonton tayangan tersebut mengatakan program seumpama itu sangat baik bagi menyuntik semangat di kalangan belia menghayati sejarah negara dan perjuangan Mat Kilau dalam mempertahankan tanah air selain mengangkat karya seni tempatan.
Tambahnya, filem seperti ini amat baik untuk memberikan pendedahan terutamanya kepada belia tentang sejarah pahlawan terdahulu dalam memperjuangkan kemerdekaan kepada negara. - Sabah Info