Kerajaan Sabah Dalam Usaha Mendaftarkan Kinabatangan Sebagai Tapak Rizab Biosfera Dunia

Photo By: Francis_globe

KINABATANGAN,  29 Jun  - Kerajaan Sabah dalam usaha mendaftarkan Kinabatangan sebagai tapak rizab biosfera dibawah program Manusia dan Biosfera (MAB) Pertubuhan Pendidik Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Menteri pelancongan kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Jafry Ariffin berkata ia sebagai pengiktirafan daerah berkeluasan 6,605 km persegi itu terhadap sumber semula jadi dengan pelbagai fungsi ekologi penting serta landskap Kinabatangan yang unik dan kaya dengan biodiversiti.

''Sekiranya berjaya maka Kinabatangan akan menjadi tapak rizab kedua di Sabah selepas Banjaran crocker dan Keempat di Malaysia.

''Dengan pengiktirafan ini , masyarakat antara bangsa akan tertumpu ke Kinabatngan , khususnya Sukau , untuk menikmati alam sekitar lestari yang cukup dijaga dengan pembabitan komuniti yang tinggal disekitar kawasan ini,'' katanya  kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Biodiersiti sedunia disini hari ini.

Ahli dewan Undangan Negeri (ADUN) Sukau itu berkata , perjalanan kearah mendapatkan pengiktirafan berkenaan dijangka mengambil masa dua tahum menerusi pelaksanaan proses konsultasi oleh Pusat Biodiversiti Sabah dengan pihak pemegang taruh termasuk masyarakat setempat bermula julai ini.

Katanya , dapatan daripada konsultasi itu adalah sebagai keperluan bagi dokumen pencalonan yang akan dihantar ke UNESCO melalui kerajaan Persekutuan.

''Melalui program MAB ini , satu pelan pengurusan bersepadu berdasarkan perundangan Sabah yang sedia ada akan dibangunkan dengan penglibatan semua pemegang taruh di Kinabatangan.

''Zon pengurusan yang mempunyai objektif tersendiri seperti Zon Teras , Zon Penampan dan Zon Transisi akan dikenal pasti agar semua pemegang taruh mempunyai peranan yang harus dimainkan dan seterusnya mendapat manfaat sewajarnya daripada sektor ekonomi hasil daripada pengiktirafan antarabangsa ke atas tapak ini,'' katanya.


Sumber : BERNAMA


Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama