KOTA KINABALU: Fenomena Awan Arcus di Kota Kinabalu yang berlaku pagi ini tular di media sosial dengan rata-rata berkongsi gambar keunikan bentuk awan tersebut. Menurut Pakar Klimatologi, Dr. Ramzah Dambul menjelaskan fenomena tersebut sememangnya amat jarang berlaku di Kota Kinabalu di mana hanya tiga kali dalam tempoh satu dekad direkodkan iaitu pada tahun 2012, 2016 dan 2022.
"Awan rendah yang memanjang seperti ombak tsunami ini, sebenarnya ada hubungan sepupu dengan awan kumulonimbus. Kedua-dua awan ini terbentuk akibat pertembungan udara panas dan sejuk, satu situasi atmosfera yang tidak stabil. Sebab itu cuaca biasanya akan disusul angin kencang, hujan lebat dan ribut petir, dengan kehadiran awan-awan begini. Cuma bezanya, kumulonimbus (yang kelihatan macam cendawan kubis, mirip letusan bom atom Hiroshima) berada pada level lebih tinggi. Awan kumulonimbus ini juga, merupakan fenomena yang amat lazim di negara tropika seperti Malaysia. Biasa-biasa saja."
"Tapi awan arcus ini sangat, sangat rare. Kalau ikut sorotan literatur media sosial, awan ini pernah muncul di Kota Kinabalu pada Jun 2012 dan Jun 2016. Namun kali ini berlaku selepas bulan Jun"
"Di Queensland, Australia. pada bulan Oktober setiap tahun, kebarangkalian untuk awan ini muncul ialah 40%. Maksudnya, 4 kali dalam 10 hari (pada bulan Oktober saja). Tempat ini dianggap paling biasa berlaku untuk pembentukan awan arcus, di seluruh dunia." tambahnya lagi.
Menurut beliau yang lebih dikenali sebagai Dr Rem, walaupun fenomena awan arcus ini petanda cuaca kurang baik, namun tidaklah bahaya seperti taufan dan orang ramai tidak perlu panik.
"Nikmati kecantikan alam dan tanda keagungan Tuhan yang sangat jarang-jarang berlaku ini." tulisnya. -Sabahinfo