![]() |
GAMBAR SEKADAR HIASAN |
KOTA KINABALU: Seorang lelaki berusia lingkungan 30-an dijatuhi hukuman tujuh bulan penjara oleh Mahkamah Majistret di sini kerana memiliki kad pengenalan orang lain.
Majistret Lovely Natasha Charles menjatuhkan hukuman itu ke atas Arfin Ariansyah selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan kepadanya.
Arfin memiliki sekeping MyKad milik orang lain pada 6 September sekitar jam 11 pagi, di jalan raya tepi jalan Jalan Mat Salleh di Tanjung Aru, di sini.
Semasa disoal siasat, Arfin pada mulanya mendakwa bahawa MyKad berkenaan adalah miliknya, tetapi akhirnya mengakui bahawa dia telah menjumpainya didalam sebuah dompet yang tercicir di atas jalan.
Dia juga mengakui bahawa tidak mempunyai dokumen pengenalan diri.
Kesalahan itu adalah di bawah Peraturan 25 (1) (o) Peraturan Pendaftaran Negara 1990 yang membawa hukuman penjara hingga tiga tahun dan denda maksimum RM20,000, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
endakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Kelvan Elson Maik.- Safrah Mat Salleh