![]() |
PADAM: Anggota bomba BBP Kota Marudu semasa menjalankan operasi pemadaman di lokasi kejadian menggunakan sumber air daripada jentera |
KOTA MARUDU: Satu keluarga kehilangan tempat tinggal selepas rumah didiami musnah terbakar di Kampung Sumbilingon di sini semalam.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Marudu Rony Sikawan berkata, kejadian berlaku jam 9.19 pagi membabitkan sebuah rumah tidak kekal.
"Bertindak dengan kejadian kita menggegaskan sepasukan anggota dari BBP Kota Marudu dengan dibantu Pegawai Zon 3 Sabah (Kudat) ke lokasi bagi melaksanakan operasi pemadaman dengan menggunakan teknik 'Offensive firefighting' daripada jentera tangki 'Prime Mover'.
"Kebakaran memusanahkan rumah seluas 15x20 kaki persegi dan kebakaran berjaya dikawal jam 9.35 pagi dari merebak ke kawasan lebih luas," katanya.
Menurutnya, tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dalam kes ini dan punca kejadian serta jumlah kerugian masih dalam siasatan pihak Bahagian Penyiasatan Kebakaran Zon 3 Sabah (Kudat).
Katanya, operasi keseluruhan ditamatkan jam 9.44 pagi.- Vivi Olviana Najurus