![]() |
RASMI: Saifuddin (dua dari kiri) menurunkan tandatangan pada plak sebagai simbolik perasmian. |
KOTA KINABALU: Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) akan memantau penularan berita palsu sepanjang tempoh Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.
Menterinya Datuk Saifuddin Abdullah berkata, kementerian itu sedang memantau sekiranya ada berita-berita palsu tersebar mengani PRN Sabah.
“Sekiranya ada berita palsu yang menular terutamanya di platform media sosial, adalah menjadi tanggungjawab kami untuk membetulkan berita tersebut.
“Dalam kita menghadapi PRN Sabah ini, amat penting untuk kita memastikan maklumat-maklumat sahih disebarkan contohnya tarikh pilihan raya, waktu pusat mengundi dibuka, dan apa-apa berita dilaporkan pastikan berita sahih," jelasnya kepada media selepas merasmikan Media Lounge di City Lounge Sabah semalam.
Media Lounge itu merupakan lokasi alternatif kepada para pengamal media untuk berehat dan santai, selain Pusat Media Rasmi disediakan KKMM di Dream Tel Hotel yang turut menyalurkan maklumat rasmi PRN.
Pada majlis sama, Saifuddin juga meluangkan masa mengadakan perjumpaan bersama ahli-ahli Persatuan Wartawan Sabah diketuai presidennya Datuk Muguntan Vanar.
Turat hadir, Ketua Setiausaha KKMM Datuk Suriani Ahmad, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KKMM Shakib Ahmad Shakir dan Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan Strategik) Jabatan Penerangan Malaysia Datuk Mohd Sukari Ab Hamid.- Penerangan