
Semporna: Sabah terus mencatatkan kes tertinggi iaitu sebanyak 91 kes hari ini di antaranya 76 dari Kluster Benteng, Kluster Pulau (4) dan Kluster Selamat (3).
Melalui maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, terdapat satu pertambahan kematian berkaitan COVID-19 di Semporna Sabah.
Kes kematian ke-129 (kes ke-10,145) merupakan perempuan warganegara Filipina berumur 50 tahun. Beliau mengalami gejala batuk dan sesak nafas pada 14 September 2020 dan telah mendapatkan rawatan di sebuah pusat perubatan. Beliau kemudiannya telah dirujuk ke Hospital Semporna bagi rawatan lanjut, namun tidak pergi berikutan kekangan yang beliau hadapi. Beliau ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dan kemudiannya dibawa ke Hospital Semporna, Sabah di mana beliau telah disahkan meninggal dunia pada 14 September 2020. Ujian saringan menunjukkan beliau adalah positif COVID-19.
Menurut KKM lagi, wanita tersebut tidak mendapatkan rawatan lanjut kerana kekangan kewangan.