Masidi Dilantik Pengerusi Baharu Lembaga Pengarah Universiti Malaysia Sabah



KOTA KINABALU: Bekas Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Masidi Manjun, dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang baharu menggantikan  Datuk Wira Ir. Md Sidek Ahmad  berkuatkuasa semalam (3 Ogos).

Beliau, yang juga timbalan ketua PPBM Sabah, menerima surat lantikannya daripada Menteri Pengajian Tinggi Noraini Ahmad di Parlimen semalam.



Masidi berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-undang dari Universiti. London dan berdaftar sebagai Barrister-at-Law dengan kepujian di Lincoln Inn, London.

Beliau pernah berkhidmat sebagai Pengerusi Institut Kajiian dan Pembangunan Sabah (IDS) dari tahun 1994-2004 dan turut menjadi ahli lembaga pengarah di Bank Pembangunan Sabah waktu itu.

Dalam dunia politik, beliau merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Karanaan sejak tahun 2004 sehingga kini dan pernah menjawat jawatan sebagai Menteri Belia dan Sukan serta Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah merangkap Exco Pendidikan Negeri Sabah.

Naib Canselor UMS, Prof Datuk ChM Dr Taufiq Yap Yun Hin dalam kenyataan hari ini berkata warga UMS merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas atas pelantikan Masidi selaku Pengerusi LPU UMS.

Menurut Dr Taufiq, UMS yakin bahawa Masidi mampu memberikan perkhidmatan yang terbaik demi kecemerlangan UMS di persada nasional dan antarabangsa.

Kredit– SabahNewsToday



Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama