Perintah berkurung ESSZONE dilanjutkan sehingga 3 Ogos

PERINTAH BERKURUNG ESSZONE
Meliputi kawasan daerah Tawau,Semporna,Kunak,Lahad Datu,
Kinabatangan,Sandakan Dan Beluran

SABAH, 18 Julai - Perintah berkurung di kawasan perairan tujuh daerah dalam Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) yang berakhir 6 petang esok dilanjutkan selama dua minggu sehingga 3 Ogos depan.

Dalam kenyataan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Zaini Jass menyatakan, susulan pelanjutan itu penduduk disaran berada dalam rumah dan tidak dibenarkan memasuki kawasan perairan tersebut antara 6 petang sehingga 6 pagi sepanjang tempoh berkenaan.

Perintah berkurung meliputi kawasan perairan daerah Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatangan, Sandakan dan Beluran.

Perintah berkurung itu juga katanya, dilanjutkan bagi memastikan kawasan perairan tersebut tidak diceroboh pengganas yang mengancam keselamatan penyelidik antarabangsa yang menjalankan penyelidikan dan pelancong asing di pulau-pulau peranginan.

Perintah itu juga adalah bagi memudahkan penguatkuasaan serta pemantauan terhadap pergerakan bot selain keselamatan kepada pengusaha chalet dan nelayan dengan kehadiran kapal anggota keselamatan sekitar kawasan mereka.-RTM Sabah


Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama