Ketua Polis Daerah Beaufort Deputi Superintendan Azmir Abd Razak berkata kesalahan wanita berumur 38 tahun itu dikesan semasa pemeriksaan yang dijalankan Pasukan Pemantau Pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) IPD Beaufort kira-kira jam2.30 petang semalam.
“Orang Kena Kompaun (OKK) melakukan kesalahan sama seperti kes pertama sebelum ini iaitu gagal mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) PKPP dengan menyediakan alat penyukat suhu badan kepada pelanggan yang mengunjungi premis.
“OKK kemudiannya diminta untuk mengikuti pasukan polis ke IPD Beaufort untuk tujuan kompaun kerana melanggar peraturan 11(2) Peraturan-Peraturan Penyakit Berjangkit (PPPPB) (Langkah-langkah di Dalam Kawalan Tempat Jangkitan) 2020,” katanya.
Beliau sekali lagi mengingatkan orang ramai agar tidak mengambil mudah SOP yang ditetapkan kerajaan dalam usaha mengekang penularan COVID-19 di negara kita.-Vivi Olviana Najurus