Manakala, operasi mencari mangsa juga sedang giat dijalankan oleh pihak polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.
Ketua Polis Daerah Beluran Superintendan Kasim Muda berkata pihak Jabatan Hidupan Liar Sabah telah memasang pancing bagi memburu buaya yang membaham mangsa.
"Pasukan operasi mencari dan menyelamat yang terdiri daripada 5 anggota polis, 4 anggota bomba dan 8 anggota pertahanan awam mengguna dua buah bot bagi melakukan pencari mangsa," katanya.
Beliau berkata operasi mencari menyusuri sungai sejauh 2 kilometer ke arah hulu dan 2 kilometer ke arah hilir sungai daripada tempat kejadian.
"Operasi hari kedua yang dijalankan sehingga jam 5.30 petang, masih gagal menemui mangsa," katanya.
MEMBANTU: Penduduk kampung turut membantu pasukan penyelamat bagi mengesan mangsa.
Operasi mencari juga turut disertai oleh penduduk kampung berkenaan.
Sementara itu, Pegawai Hidupan Liar Sandakan Hussein Muin memberitahu empat anggota Jabatan Hidupan Liar telah memasang pancing berkenaan jam 3 petang.
Dalam kejadian lebih kurang jam 6 petang Rabu lepas, mangsa, Paradot Kanon ,62, telah disambar buaya ketik mandi di sungai terbabit.
Kejadian yang terletak hanya 200 meter dari rumah mangsa telah saksikan oleh anak perempuannya, Noraliana Nunun.-Utusan Borneo