Pusat Beli Belah, Terminal Bas Antara Dibenar Beroperasi Di Sabah


Kerajaan Negeri Sabah membenarkan beberapa lagi sektor untuk beroperasi bermula hari ini, 9 Mei 2020.

Dalam Kenyataan Media Ketua Menteri Sabah YAB Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, 2 sektor tersebut adalah Sektor Peruncitan dan Makanan dan Sektor Pengangkutan Awam. Selain itu, kebenaran juga diberikan untuk melakukan aktiviti rekreasi dan riadah kesihatan di Taman Awam.

"Bagi sektor peruncitan dan makanan rangkaiannya, antara aktiviti yang dibenarkan adalah peruncitan membabitkan premis perniagaan runcit dan aktiviti menjual makanan yang membabitkan perniagaan berpremis seperti restoran, medan selera, gerai makan dan sebagainya."

"Selain itu, bagi sektor pengangkutan awam pula, antara aktiviti yang dibenarkan adalah aktiviti pengangkutan awam darat dan logistik membabitkan perkhidmatan teksi, kereta sewa, e-hailing, bas, kereta api, terminal (bas dan teksi) serta logistik darat pelabuhan," katanya.

Aktiviti pengangkutan awam maritim yang dibenarkan pula membabitkan perkhidmatan pelabuhan, jeti persendirian, jeti awam (penumpang dan barangan), feri penumpang atau ro-ro domestik dan juga bot penambang.

"Semua aktiviti sokongan yang berkaitan dengan sektor pengangkutan awam juga dibenarkan," katanya.

Walaubagaimanapun, semua aktiviti di dalam sektor yang dibenarkan beroperasi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa 5 perlu mematuhi garis panduan Kementerian Kesihatan (KKM) dan peraturan yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan.

Semua aktiviti Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) termasuk aktiviti dan rangkaiannya di peringkat luar bandar dibenarkan beroperasi sejak 7 Mei lalu.


Kenyataan Media YAB Ketua Menteri Sabah:





Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama