SATU pertambahan kes di Sabah iaitu di Daerah Kota Kinabalu (Mukim Pantai) merupakan Pelajar Institut Pengajian Tempatan yang telah disaring dan diambil sampel berdasarkan SOP Pengurusan Pergerakan Pelajar baru-baru ini.
Dalam kenyataan Pengarah Kesihatan Negeri Sabah (12 Mei 2020), Datuk Dr. Christina Rundi menjelaskan seramai 7,000 pelajar dianggarkan akan kembali ke tempat asal masing-masing dan bagi Negeri Sabah, bermaksud pergerakan besar-besaran pelajar tersebut dari Zon Merah ke Zon Hijau dan Kuning.
Hasil pemantauan perintah pengawasan dan pemerhatian Home Quarantine, Dr. Christina mendedahkan tiga orang telah didapati mengingkari perintah yang diwajibkan ke atas mereka. Kes tersebut masing-masing seorang pelajar IPT di Tawau dan dua orang awam di Penampang dan Sandakan.
"Pihak JKNS tidak akan ragu-ragu untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas mana-mana individu yang ingkar perintah" Katanya.
Pelajar IPT menjadi bualan utama rakyat Sabah berikutan peningkatan mendadak Kes Covid-19 dua hari lepas. Dengan pertambahan satu kes di Kota Kinabalu semalam, jumlah Kes Positif melibatkan Pelajar IPT ialah seramai 3 orang.
JKNS dalam masa yang sama turut menyarankan agar ahli keluarga untuk memberikan sokongan moral sepanjang menjalankan tempoh kuarantin kepada semua yang diberikan arahan tersebut. - Sabah Info
UPDATE Semasa Setakat 12 Mei 2020:
KENYATAAN Penuh PKN Sabah: