Kanak-Kanak Kes Terbaru Positif Covid-19 Di Kota Kinabalu



SATU Kes Positif Covid-19 yang direkodkan semalam di Kota Kinabalu adalah pesakit kanak-kanak dan merupakan kes import yang dikesan melalui sampel yang diambil di Pintu Masuk Antarabangsa, Lapangan Terbang Kota Kinabalu.

Menurut kenyataan media Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, Datuk Dr Christina Rundi menjelaskan kanak-kanak tersebut ditempatkan di pusat kuarantin bersama keluarga mereka apabila tiba di Kota Kinabalu.

"Kanak-kanak itu menaiki pesawat komersil dari Kuala Lumpur bersama ahli keluarga dan kes telah ditempatkan di Pusat Kuarantin setibanya di Kota Kinabalu. Pada 20 Mei 2020, kes telah dimasukkan ke wad Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Likas untuk rawatan lanjut" katanya.


Sementara itu,  Dr Christina turut mendedahkan bahawa JKNS telah dimaklumkan beberapa pelajar Sabah di Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang sedang sedang menunggu giliran untuk penerbangan balik telah didapati positif Covid-19.

"Pihak JKNS akan memastikan pengurusan kontak rapat kes-kes ini yang telah balik ke Negeri Sabah dilaksanakan dengan teratur" katanya.

Ketika ini, pelajar Sabah perlu menjalani persampelan ujian Covid-19 sebelum dibenarkan pulang ke kampung halaman melalui persetujuan di antara pihak Kementerian Pengajian Tinggi dan Kerajaan Negeri Sabah. - Sabah Info

Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama