
Kota Kinabalu: Kesemua pesakit di empat daerah di Negeri Sabah kini dilaporkan sembuh Kes Covid-19. Empat daerah tersebut sebelum ini masing-masing mencatatkan 4 kes di Sipitang, 2 kes di Ranau, 2 kes di Semporna, dan 5 kes di Kota Belud.
Walaupun peningkatan kes Covid-19 masih berlaku di Negeri Sabah, namun trend pesakit sembuh setiap hari mengatasi jumlah pesakit yang disahkan positif.
Susulan perkembangan dalam penurunan kes ini amat positif di seluruh Malaysia, KKM kekal menasihatkan Rakyat Malaysia agar terus patuh kepada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan mengamalkan penjarakkan sosial serta kebersihan diri. - Sabah Info
![]() |
Update Semasa Covid-19 Negeri Sabah 19 April 2020 |