![]() |
Mengikut data yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, pesakit terakhir yang dirawat di Daerah Papar dilaporkan sembuh hari ini manakala 2 pesakit di Daerah Kunak dilaporkan sembuh pada 3 hari lepas.
Selain Kunak dan Papar, 3 daerah lain yang merekodkan semua pesakit sembuh Covid-19 adalah Daerah Tambunan, Sipitang dan Semporna.
Setakat 28 April 2020, Bilangan kes Covid-19 yang dirawat di seluruh Sabah kini telah berkurang kepada dua angka iaitu sebanyak 92 kes.
Walaubagaimanapun, Kementerian Kesihatan Malaysia menasihati rakyat Malaysia untuk tidak alpa dengan perkembangan terkini dan terus patuh kepada PKP memandangkan pendekatan itu penting dalam memutuskan rantaian penularan jangkitan Covid-19. -Sabah Info
![]() |