![]() |
Pesakit wanita itu telah dimasukkan ke Gleneagles KK bagi menjalani pembedahan. Ujian Covid-19 telah dibuat bagi pesakit tersebut sebelum meneruskan rawatan lanjut. Mengikut protokol, Hospital Gleneagles KK mewajibkan ujian Covid-19 bagi semua pesakit yang menjalankan prosedur rawatan di hospital tersebut.
Oleh kerana rawatan yang mendesak bagi pesakit itu, pihak hospital meneruskan rawatan dan mengkategorikan pesakit tersebut sebagai kes yang disyaki sementara menunggu keputusan ujian Covid-19.
Keputusan ujian Covid-19 pesakit tersebut didapati positif pada 17 April 2020 dan telah dipindahkan ke Hospital Queen Elizabeth 1 untuk pengesahan dan rawatan selanjutnya.
Menurut pihak Hospital Gleneagles Kota Kinabalu, mereka mematuhi polisi dan proses pengendalian jangkitan Covid-19 dan mengamalkan langkah pencegahan bagi memastikan keselamatan kakitangan dan pesakitnya.
Semua kawasan yang terjejas telah ditutup untuk pembasmian kuman mengikut panduan kawalan jangkitan. Semua staf yang didapati mempunyai kontak dengan pesakit tersebut telah dikesan dan dikuarantin sebagai tindakan pencegahan sesuai dengan panduan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, sementara menunggu keputusan ujian Covid-19.
- Sumber: Kenyataan Media Gleneagles Hospital Kota Kinabalu (20/04/2020)