249 Kes Positif Covid-19 di Sabah Tiada Gejala Awal


SEBANYAK 249 kes positif Covid-19 di Sabah tidak mempunyai gejala pada peringkat awal.

Pengarah Kesihatan Negeri Datuk Dr Christina Rundi berkata, jumlah berkenaan adalah sebahagian daripada 293 kes yang sudah dianalisa.

“Situasi berkenaan amat membimbangkan kerana individu ini berpotensi untuk menjangkiti kontak rapat tanpa disedari.

“Oleh itu, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) sentiasa menekankan kepentingan kuarantin bagi individu yang mempunyai sejarah perjalanan ke luar atau dalam negara dalam usaha membendung penularan Covid-19.

“Langkah ini dapat memutuskan rantaian jangkitan agar virus tidak merebak dan menjangkiti orang lain,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Dalam perkembangan lain, Christina berkata, pihaknya masih mengesan kes Covid-19 dalam kalangan individu yang mempunyai sejarah pergerakan ke luar negara seperti Thailand, Indonesia dan United Kingdom selain masih wujud kes penularan wabak sama yang dilaporkan menerusi sejarah perjalanan ke Semenanjung. - HMetro

Disiarkan pada:

Terbaru Lebih lama